Showing posts with label Nilai. Show all posts
Showing posts with label Nilai. Show all posts

Jun 25, 2010

Perpisahan itu menyedihkan.


Rakan sepejuangan...


Malam ini merupakan malam terakhir saya di Nilai. Dah lima minggu saya menjadi penghundi Nilai dan mendiami bilik yang serba cantik ini.. seronok ada org kemas bilik tiap-tiap pagi, rasa diam di 5 star hotel. Dah banyak tempat saya lawati termasuklah Port Dickson, Nilai 3, Nilai, seremban, seremban 2, tak lupa KL .

Malam ini pula ada majlis perpisahan cum makan malam. Semua peserta akan mengambil bahagian. Pada mulanya tempoh lima minggu terasa amat lama tapi apabila menghampiri saat-saat perpisahan rasa sekejap pula. Perasaan tidak mahu berpisah dengan rakan-rakan mulai menyelubungi perasaan. Hubungan antara kami semakin hari semakin erat. Walaupun hanya saya seorang dari Sarawak, namun kami telah macam adik beradik.

Setiap pagi wajib ada senaman, sebelah petang pula riadah sukan. Segala aktiviti ini secara langsung telah membuat persahabatan kami lebih erat dan bermakna. Di samping itu aktiviti bermain bowling, sukaneka dan aktiviti-aktiviti lain menyumbang kepada persahabatan kami. Namun perpisahan tidak dapat dielakkan. Walaupun dengan perasaan sedih nak berpisah dengan rakan-rakan namun tiada pilihan.

Kepada rakan-rakan 'teman sejati" saya ucapkan semoga berjaya dalam karier masing-masing selepas kita bersusah payah menamatkan kursus ini. Disamping itu doa agar semua dapat lulus peperiksaan dengan jayanya.

Untuk malam ini, buatlah yang terbaik.

Semoga Berjaya semua.

click here for more info

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails