Nov 26, 2009

Program Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR)

Let me speak in my national language, bahasa Melayu. I am sorry for not having translator widget yet in my blog.

Program Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR) dengan penggunaan sistem baucar untuk menggantikan Program Subsidi kepada Pengilang untuk mengeluarkan beras ST 15%, Program Subsidi kepada Pengilang untuk mengeluarkan beras tempatan untuk Sabah dan Sarawak dan Program Beras Subsidi Kerajaan (GSR) di Sabah dan Sarawak. Ini bermakna tiada lagi beras ST 15% (Beras Nasional) di pasaran. Untuk mendapatkannya kita mesti mendapatkan baucer dengan mengisikan borang yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Borang ini mestilah lengkap diisi termasuklah no kad pengenalan dan nombor talifon.

Banyak persoalan yang bermain di pemikiran saya bila program ini dilancarkan. Antaranya ialah masalah kos pengangkutan yang terlalu tinggi, ketiadaan mykad, ketiadaan liputan talifon dan lain-lain bagi penduduk yang tinggal di pendalaman Sarawak. Persoalan ini mendorongkan saya mengajukan soalan kepada YAB kementerian berkenaan pada Nov, 17 2009.(http//:blogmoa.moa.gov.my)

Untuk masalah bagi mereka yang ketiadaan mykad, klik sini Over 35,000 left out of food aid scheme due to IC

2 comments:

Willie a.k.a Reptoz said...

Oh..progra mtok utk org di pedalaman jak kah? Duhal

Jay said...

untuk semua rakyat Malaysia yang layak tapi sidak nok di pendalaman mungkin ada problem nak dapat baucer.

click here for more info

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails