Aug 20, 2009

Health Tip - Diabetik Retinopati

Pagi tadi saya menemani rakan ke sebuah Klinik Kesihatan untuk urusan kesihatan beliau. Sambil menunggu beliau, saya sempat juga membaca beberapa naskah risalah kesihatan yang terdapat di ruang menunggu. Saya mengambil beberapa helai risalah tersebut untuk saya baca. Terlintas pula di fikiran saya untuk berkongsi apa yang terkandung dalam risalah tersebut, jadi inilah apa yang antara nya......

APAKAH DIABETIK RETINOPATI?

Diabetik retinopati adalah komplikasi daripada penyakit Kencing Manis (Diabetes melitus), berpunca daripada perubahan yang dialami saluran darah dalam retina. Retina adalah lapisan saraf yang melapisi bahagian dalam mata dan amat penting untuk penglihatan. Sebarang perubahan yang berlaku dalam pembuluh darah boleh mengancam penglihatan anda.


FAKTOR RISIKO.


  • Tempoh yang lama menghidap diabetes

  • Tahap gula dalam darah yang tidak dikawal dengan baik

  • Hipertensi yang tidak dikawal dengan baik

  • Kadar kolesterol yang tinggi

  • Merokok Anemia

  • Kehamilan

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN.

  • Kawalan tahap gula dalam darah

  • Kawalan penyakit darah tinggi

  • Amalan pemakanan yang sihat

  • Mengekalkan berat badan yang unggul( Ideal body weihgt)

  • Selalu bersenam

  • Jangan merokok

  • Pemeriksaan mata berkala.

Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

2 comments:

bobby.b said...

great info bro. thanks!

Jay said...

will try to share more health related issues in near future.

click here for more info

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails